icon-search
icon-search

Tips Elak Anak Kerap Bergaduh

Tips Elak Anak Kerap Bergaduh

Biasa ke biasa kita dengar kes adik beradik bergaduh? Biasalah tu. Sesekali OK tapi kalau kerap sangat, tak bagus juga tau Mommy Daddy.

Meh MummyD share 7 TIPS ELAK ANAK KERAP BERGADUH. Tips no 4 & 6 tu super penting!

Hamka-darwishrichdesign.jpg

CIPTA RUANG KEBERSAMAAN

Camne tu? Contoh mudah, buat aktiviti bersama. Ajak melukis sama-sama contohnya. Warna bersama-sama, dan pastikan Mommy Daddy layan mereka sama rata.


darwishrichdesign-fashionvalet.jpg

BERI PUJIAN

Berikan pujian sekiranya salah seorang daripada mereka melakukan kebaikan. Contoh kalau si Abang, sudi berkongsi mainan dengan adiknya, Mommy Daddy berilah sokongan dengan kata-kata pujian buat si abang. Supaya dia nak mengulangi perbuatan baik ni tadi.

fashionvalet.jpg

AJAR BERMAAF- MAAFAN

Gaduh ni tak bagu apa2 manfaat, betul ke betul? Jadi kita ajar anak utk ‘minta maaf’ jika buat silap. Nak didik perkara ni, kita kena buat dulu. Contoh “Mummy minta maaf. Tadi mama jerit & garang!”. Bila anak dah tengok kita buat, mereka akan belajar dan ikut. Hakikatnya masa usia bawah 6thn anak-anak akan menyerap apa yg dilihat & didengar. So, kita didik mereka dengan kerap😉


fashionvalet.jpg

KONGSI MAKANAN

Kita mulakan dulu. Berkongsi makanan dengan anak2. Kemudian tanya mereka, “Suka tak Mummy kongsi makanan dengan Abang?” Minta dia jawab. Kemudian ajar mereka tentang emosi tu. “Bila abang kongsi dengan adik, adik pun mesti suka kan”. Fokus pada emosi tu, dan didik mereka. Ia akan mengajar mereka bahawa setiap kebaikan yang dibuat, akan membuat orang lain pun suka.

SOLAT JEMAAH

Solat berjemaah penting dan jadikan ia  kebiasaan, apabila azan,cakap pada anak, Allah dah panggil kita, untuk ucapkan terima kasih; kita kena solat. Cara ni mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.

fashionvalet.jpg

TENANGKAN ANAK-ANAK

Bila jadinya pergaduhan antara adik beradik, Mommy Daddy kena bertenang. Tanya mereka,  bagus ke tak bergaduh ni. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara mereka. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan & tanya pada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan apa2 kebaikan.

ALAM SEMULAJADI

Sesekali Mommy Daddy kena bawa anak keluar melihat alam semulajadi ciptaanNYA.
Boleh buar aktiviti harian macam, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah!” Kita boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam semulajadi dan ajar mereka sedari kecil bersama-sama.

Okay tu lah antara tips yang boleh Mommy Daddy cuba.

Jika Mommy Daddy ada tips lain, sudi-sudi share di komen bersama kami ya.

Sama-sama kita menjadi manusia yang bermanfaat.


Love, 

Mummy D 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping