icon-search
icon-search

Koleksi Busana Darwish Rich Design Pilihan Utama Ibu Bapa Untuk Anak-anak

Seronok melihat si kecil menggayakan baju baru. Malah si kecil kesayangan anda juga teruja menyarungkan padanan comel, apatah lagi jika anda memilih warna kegemarannya.

Dalam keterujaan ibu memilih baju yang comel, aspek keselesaan tidak diketepikan. Baju untuk si kecil perlu selesa kerana mereka aktif bermain dan cepat berpeluh.

Koleksi Busana Darwish Rich Design Pilihan Utama Ibu Bapa Untuk Anak-anak

Fabrik yang tidak serap peluh bukan saja membuatkan anak tidak selesa dan berasa rimas, malah biasanya ia juga boleh membuatkan mereka meragam. Bagi yang sudah pandai bercakap dan memilih, pastinya enggan lagi menyarungkan baju berkenaan.

Memahami kehendak ibu bapa dalam memilih busana anak, jenama Darwish Rich Design tampil dengan pelbagai koleksi busana yang mengambil kira semua aspek diperlukan pada sehelai busana bayi juga kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda, Darwish Rich Design menampilkan koleksi Jubah kanak-kanak, kurta moden, kurta kanak-kanak, baju melayu kanak-kanak dan juga rompers bayi.

Terbaru! Dapatkan Koleksi sampin Darwish Rich Design 

Jenama tempatan Darwish Rich Design turut memperkenalkan koleksi baju Melayu dan sampin yang pertama seumpamanya untuk pasaran anak kecil berusia satu hingga tujuh tahun.

Direka menepati cita rasa si comel yang gemar bermain, melompat, sukakan warna gelap dan inginkan keselesaan koleksi Darwish Rich Design benar-benar mengambil kira keperluan si kecil dalam berpakaian.

Sampin Kanak-kanak 2019 Murah Dan Berkualiti Tinggi Dari Koleksi Darwish Rich Design

Tidak ada gunanya sampin yang cantik tetapi tidak selesa dipakai. Ia bukan saja membantutkan aktiviti harian malah boleh mengakibatkan kanak-kanak meragam akibat rasa tidak selesa.

Sampin kanak-kanak dari Darwish Rich Design mempunyai pinggang elastik di bahagian pinggang dan memudahkan untuk si comel anda untuk memakainya sendiri. Darwish Rich Design begitu menitikberatkan kualiti sampin agar si comel anda selesa sepanjang hari.

Ceriakan hari raya anda juga dengan koleksi kurta lelaki Firdaus Limited Edition ini.

Si Comel Lebih Ceria Dan Riang Di Hari Raya Dengan Koleksi Darwish Rich Design

Samping inilah yang akan membuatkan si pemakai baju melayu kelihatan segak dan kemas. Menggunakan rona pastel sebagau busana baju melayu serta dipadankan dengan sampin gelap ia memberikan makna keceriaan buat si pemakai. Kanak-kanak akan kelihatan comel memakai koleksi Darwish Rich Design mengikut peringkat usia mereka.

Rekaan Sampin Modern Terkini Dari Darwish Rich Design

Comel, selesa dan terkini. Tiga elemen itu antara perkara paling penting dan perlu diutamakan dalam pemilihan sampin untuk kanak-kanak.

Memilih rekaan moden yang bersesuaian untuk kanak-kanak, jenama Darwish Rich Design tampil dengan variasi sampin terkini untuk kanak-kanak lelaki berusia 6 bulan hingga 12 tahun.

4 Pilihan Corak Sampin Yang Menarik Untuk Si Comel Anda

4 pilihan sampin bercorak menarik Darwish Rich Design boleh disesuaikan dengan semua jenis baju melayu. Rekaan sampin yang moden, menjadikan ia lebih cantik serta sesuai dengan peredaran masa kini.

Saiz sampin Darwish Rich Design

Memahami kehendak ibu bapa dalam kesukaran memilih sampin anak, jenama Darwish Rich Design tampil dengan pelbagai saiz sampin yang mengambil kira semua aspek diperlukan pada sampin bayi juga kanak-kanak. 

Jangan lupa singgah koleksi Kurta kanak-kanak Ian di sini.

Semua koleksi dari Darwish Rich Design ini bukan saja dijual pada musim perayaan kerana ia juga sesuai digayakan pada hujung minggu terutama ketika menghadiri jemputan majlis tertentu

Dapatkan Sampin Rekaan Darwish Rich Design Pada Harga Termurah

Dari segi harga, semua koleksi sampin Darwish Rich Design dijual pada harga RM55. Darwish Rich Design memberi jaminan keselesaan untuk setiap koleksi sampinnya



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping