Darwish Rich Design memberi satu kelainan dalam industri fesyen kanak - kanak masa kini. Misi utama Darwish Rich Design adalah untuk memastikan setiap keluaran pakaian kanak - kanak mereka memberikan keselesaan pada kanak - kanak, jaminan kualiti yang terbaik serta harga yang berpatutan.
Mama Papa Gayakan Style Kasual Dengan Koleksi Kurta Ian
Koleksi Kurta Ian sangat berbeza dan istimewa kerana reka bentuk set kurta ini di reka khas sendiri oleh Darwish Rich Design. Didatangkan khas set baju kurta beserta seluar dari Koleksi Kurta Ian ini pasti membuatkan Mama dan Papa gembira dengan fesyen yang trendy ini.
Kelebihan Koleksi Kurta Ian
Material 100% Cotton Sejuk dan Lembut
Anak anda pasti selesa dengan material 100% cotton. Anda sensitif pada material kain yang menjadikan kulit gatal-gatal? Kini tiada lagi kegatalan dan ruam pada kulit disebabkan material kain.
Leher Bulat Yang Selesa Beserta Zip
Pengaliran udara lebih baik dengan reka bentuk leher bulat dan disertakan zip yang berkualiti. Tiada lagi anak kepanasan dan mahu tukar baju apabila memakai baju melayu.
Pinggang Getah Untuk Selesa
Seluar dijahit pinggang getah yang selesa untuk si kecil anda. Seluar boleh dipakai lama dan selesa mengikut size yang anda pilih nanti.
Sesuai Untuk Anak Kecil : Kini tiada masalah untuk mencari baju melayu bersize kecil kerana Koleksi Kurta Ian mempunyai size seawal bayi satu tahun. Material dan ukuran yang selesa pasti memberikan bayi anda bergaya dengan lebih kemas nanti.
Anda juga boleh dapatkan koleksi kurta moden , kurta kanak-kanak dan kurta bayi lelaki.
Boleh Pelbagaikan Gaya Dengan Koleksi Kurta Ian
Walaupun sudah diberikan seluar, namun anda boleh pelbagaikan gaya anak anda dengan memakain seluar lain juga. Baju kurta dari Koleksi Kurta Ian sesuai juga digayakan dengan seluar jeans dan menampakkan gaya yang lebih trendy dan stylo!
Kanak - Kanak Lebih Selesa Sepanjang Hari
Tiada lagi masalah anak mengamuk kepanasan. Tiada lagi anak minta ditukarkan baju. Koleksi Kurta Ian boleh dipakai dengan selesa sepanjang hari. Anak anda bebas untuk berlari, bermain, melompat dan melakukan aktiviti lasak yang lain.
Pemeriksaan Kualiti Jahitan 3 Peringkat
Untuk memastikan jaminan kualiti pakaian kanak - kanak keluaran Darwish Rich Design, kualiti dan kemasan jahitan melalui 3 peringkat proses semakan. Sebab itulah Koleksi Kurta Ian tahan lasak dan tidak mudah untuk koyak.
Miliki Kesemua Koleksi Kurta Ian Untuk Anak Anda
Koleksi Kurta Ian mempunyai 5 pilihan warna yang menarik :
- Kurta Ian Plum
- Kurta Ian Gray
- Kurta Ian Light Aqua
- Kurta Ian Light Blue
- Kurta Ian Mustard
Miliki juga koleksi jubah kanak-kanak di sini.
Dapatkan Ukuran Anak Anda Untuk Koleksi Kurta Ian Yang Selesa
Koleksi Kurta Ian boleh dipakai bermula usia anak anda satu tahun sehingga 8 tahun. Ukuran size yang betul akan memberikan keselesaan maksima buat anak - anak anda! Bergaya kasual dengan Koleksi Kurta Ian!