Didik anak dengan konsep arah positif; hormati anak-anak sebagai makhluk yang berfikir. Nak bentuk aqidah, iman, cintakan agama serta akhlak mulia?? Buat konsep ni pada anak. Ajak anak berfikir dan memilih.
Macam mana tu Mummy D? Begini, sentiasa kaitkan perbuatan baik itu sebagai pilihan yang bijak dengan kesan positif di dunia, serta ganjaran hebat di akhirat.
Contohnya, anak pilih untuk makan ikut masa. Puji itu sebagai pilihan yang tepat dan baik. Apa mak atau ayah buat, jelaskan kesan kalau dia tak makan, akan rasa lapar, apa berlaku bila perut lapar, perut akan penuh dengan asid yang membahayakan kesihatan.
Dengan pilihan tadi, anak telah berbuat baik pada diri dia, gembirakan hati mak ayah dan Allah suka kita jaga kesihatan badan yang dipinjamkan. Jelaskan macam ni waluapun anak masih kecil.
Jangan underestimate kanak-kanak kecil. Nampak je macam tak faham, tapi sebenarnya otak mereka akan mula memproses maklumat tersebut, hingga satu masa, dia boleh nasihatkan orang lain pulak.
Jika anak buat salah, cuba jangan judge atau hukum membuta tuli. Inform dengan berhemah tapi tegas. Jelaskan apa yang betul dan salah, bagi ruang untuk anak berfikir dan buat pilihan. Jika pilihan nya salah, tunjuk kesannya pada diri dan orang lain dan agama.
Kita nak bentuk individu yang sentiasa peka dengan kesan untuk setiap pilihan dan keputusan. Jadi, kena "lentur buluh dari rebungnya". Pernah dengar? Just bayangkan, kalau semua ibu bapa ada pengetahuan sekecil ini untuk mula didik anak sekarang, kesan akan datang sangat besar. Anak-anak ini akan membesar menjadi individu yang teguh peribadi dan pemimpin yang berwibawa.
Jadi, sebarkan supaya mak ayah lain tau dan boleh sama-sama didik anak dengan fikir dan pilih sekecil 2 tahun dengan LIKE and SHARE post ini.
Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita💖
.
#darwishrichdesign #drd #bajucomelanak #tipsibubapa
Love,
Mummy D