Raya dah semakin hampir! Persediaan baju raya anak - anak dah selesai? Tahun lepas, kalau mencari baju raya di bulan puasa, pasti tak dapat turut serta jemaah masjid untuk menunaikan solat sunat Terawih. Tahun ini bagaimana pula? Kalau anda seorang yang bijak, lebih baik membuat persiapan yang awal. Terutamanya anda yang mempunyai anak - anak yang masih sekolah. Tambahan pula, pilihan yang ada pasti sudah tidak banyak dan kehabisan size. Sukar juga sekiranya mahu membeli pakaian mengikut warna tema nanti.
Kanak - kanak lelaki sudah terbiasa dengan berbaju melayu lengkap pada hari raya pertama. Hari Raya ke dua dan seterusnya, kebanyakkan Mama Papa pakaikan anak dengan baju kemeja atau tshirt bersama seluar jeans. Apakata Raya 2019 ini anda membuat sedikit kelainan dan keunikan pada pemakaian anak - anak di hari raya nanti. Pakaikan anak - anak dengan fesyen kurta yang cantik dan menarik di hari raya nanti. Pasti anda tertanya - tanya sesuai ke fesyen kurta untuk anak kecil yang aktif? Jom ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Koleksi Kurta Kanak - Kanak Lelaki Yang Cantik dan Menarik Daripada Darwish Rich Design
Darwish Rich Design merupakan pengeluar kurta, baju melayu, jubah dan juga top kasual untuk kanak - kanak bermula dari umur 0 bulan sehingga umur 12 tahun. Bila berfesyen di hari raya, ramai keluarga yang suka suai padan pakaian raya yang sedondon dengan ahli keluarga yang lain. Darwish Rich Design juga ada mengeluarkan koleksi kurta untuk dewasa juga. Ramai yang mengambil peluang untuk grab dan menggayakan koleksi kurta yang sedondon papa dengan anak lelaki di hari raya.
Setiap koleksi kurta Darwish Rich Design adalah rekaan terkini dan mempunyai pelbagai warna yang menarik. Setiap kurta di jahit oleh pasukan tukang jahit yang mahir dan berpengalaman daripada pasukan Darwish Rich Design sendiri. Malah, setiap kurta yang telah dijahit akan melalui proses pemeriksaan kualiti jahitan bagi menjamin kualiti jahitan sebelum dijual kepada pelanggan.
Anak - Anak Kecil Boleh Bergerak Aktif Walaupun Memakai Kurta Lengkap di Sepanjang Hari
Darwish Rich Design sangat memahami hakikatnya badan kanak - kanak kecil ini akan sentiasa berpeluh kerana aktif bergerak sentiasa. Disebabkan itu, Darwish Rich Design hanya menggunakan material yang berkualiti yang di import. Apabila anda pakaikan si kecil set kurta Darwish Rich Design, anak anda pasti akan selesa di sepanjang hari walaupun di dalam cuaca yang panas.
Apabila ibu pakaikan anak dengan set kurta daripada Darwish Rich Design, ibu sudah tidak perlu risau lagi. Malah, anda boleh pakaikan Koleksi Kurta Darwish Rich Design ke majlis lain juga seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Akikah, Majlis Formal, Majlis Makan Malam dan sebagainya. Berikut dikongsikan kelebihan pakaikan anak kecil dengan set kurta Darwish Rich Design :
- Anak tidak akan gatal disebabkan alergi material kain.
- Ibu tidak perlu menukarkan baju walaupun anak aktif bermain.
- Anak selesa sepanjang hari.
- Anak tidak meragam di hari raya dan majlis yang dihadiri.
- Anak berpakaian sedondon dengan ahli keluarga lain di sepanjang hari.
Lihat Koleksi Kurta Kanak - Kanak Lelaki Untuk Raya 2019 Daripada Darwish Rich Design
Koleksi Kurta Darwish Rich Design dipelbagaikan dan disesuaikan dengan fesyen hari ini yang elegan dan eksklusif. Malah, anda dapat memilih pelbagai pilihan warna yang menarik. Rekaan kurta juga berbeza mengikut keluaran terbaru. Ini kerana setiap 3 bulan, pasukan Darwish Rich Design akan mengeluarkan keluaran terbaru bagi koleksi pakaian kanak - kanak mereka. Jom lihat koleksi kurta menarik untuk Raya 2019.
#1 Kurta Moden - Firdaus Limited Edition
Istimewa untuk Papa yang ingin memakai pakaian sedondon bersama anak, semestinya Kurta Moden Firdaus Limited Edition menjadi pilihan anda. Kalau fesyen jeans dan tshirt sudah menjadi kebiasaan si Papa dan heronya, apakata Raya 2019 ini anda belikan kurta sedondon untuk Papa dan hero -hero supaya tampak lebih kemas dan bergaya.
#2 Kurta Al-Fateh by DRD
Koleksi Kurta Al-Fateh by DRD adalah koleksi istimewa yang direka khas bersama seluar yang bewarna sedondon dengan baju. Menariknya, anak anda seperti berpakaian baju melayu lengkap apabila menggayakan koleksi Kurta Al-Fateh by DRD ini. Ia sangat sesuai untuk anak yang aktif kerana di bahagian lengan baju, terdapat butang untuk digunakan bagi menjadikan baju kurta berlengan pendek.
#3 Kurta Dani
Untuk anda yang sedang mencari kurta yang berlengan pendek yang trendy dan eksklusif, pasti anda suka rekaan Kurta Dani ini. Anak - anak pasti kelihatan bergaya dengan Kurta Dani dipakaikan sedondon bersama anak lelaki yang lain. Kurta Dani mempunyai lebih daripada 10 warna pilihan pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilihnya.
#4 Kurta Walid Printed
Anda inginkan fesyen raya yang kasual dan trendy untuk anak anda, anda semestinya sukakan koleksi Kurta Walid Printed. Darwish Rich Design suka mempelbagaikan rekaan kurta bagi memenuhi permintaan Mama dan Papa. Menariknya, walaupun anak kecil dipakaikan dengan seluar jeans namun anak masih segak bergaya dengan baju Kurta Walid Printed daripada Darwish Rich Design.
#5 Kurta Ian
Koleksi Kurta Ian tidak kurang hebatnya dengan 5 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih. Set Kurta Ian disertakan sekali seluar yang selesa untuk anak anda bergerak aktif. Rekaan zip pada baju kurta menjadikan bonus bagi mereka yang mempunyai anak yang sentiasa berpeluh. Pengaliran udara sangat penting bagi anak - anak kecil bagi memastikan mereka selesa dengan pakaian yang mereka pakai sepanjang hari.
Kenapa Anda Perlu Memilih Koleksi Kurta Daripada Darwish Rich Design?
Pada Hari Raya pasti ahli keluarga berkumpul dan semestinya akan ada perjumpaan dengan rakan - rakan lama juga. Sekiranya anak anda tidak selesa dengan pakaian raya mereka, sudah pasti mood anda untuk menyambut Hari Raya menjadi hari biru. Bagi memberikan kawalan emosi gembira dan teruja pada anak - anak, Mama Papa haruslah memakaikan pakaian yang selesa buat mereka.
Pemilihan material merupakan kunci penting bagi pakaian yang selesa untuk kanak - kanak. Darwish Rich Design hanya menggunakan material premium yang berkualiti tinggi. Size juga dipelbagaikan supaya kanak - kanak selesa dengan pakaian raya mereka nanti. Selain itu, pemilihan kolar kurta juga sangat penting bagi memberi pengaliran udara yang bagus ketika mereka berpeluh.
Dapatkan Promosi Kurta Kanak - Kanak Lelaki Untuk Raya 2019 Sekarang!
Nak anak selesa sepanjang Hari Raya nanti? Dapatkan Koleksi Kurta menarik dan trendy daripada Darwish Rich Design hari ini!! Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi info yang dinyatakan di bawah ini.
Dapatkan koleksi kurta dari Darwish Rich Collection.
Link koleksi Kurta Moden Firdaus Limited Edition
Link koleksi Kurta Kanak-Kanak Lelaki - Dani
Link koleksi Kurta Kanak-Kanak Unisex
Link koleksi Kurta Bayi Walid Printed
Link koleksi Kurta Kanak-Kanak Lelaki Ian
Jangan lupa Like Facebook dan Follow Instagram Darwish Rich Collection untuk koleksi kurta bayi dan kanak-kanak terbaru dan juga koleksi rompers bayi / sampin bayi.
Facebook: Kids Wear by Darwish Rich Design
Instagram: @darwishrichdesign