Salam & hai mama papa.
Okau, ada baby or anak kita yang memang kurang lebat rambut dia. Ada mak ayah yang okay je tak kisah. Tapi ada yang nak jugak anak diorang pun berambut lebat
Haa, ni #MummyD share petua hasil bacaan MummyD dalam Majalah PAMA.
Cubalah, kalau ada yang dah cuba & menjadi, share kat komen yaaa! Or ada tips lain ke, bolehla kongsi skalii
1. MINYAK ZAITUN
Ye, minyak zaitun je, minyak zaitun dapat membantu menghitam dan melebatkan rambut anak. Cuma Mommy kena rajin & konsisten
2. AIR KELAPA
Gunakan air kelapa untuk mencuci rambut dan kulit kepala anak. Lakukan secara rutin setiap pagi dan petang. Hasilnya rambut anak kita akan lebih hitam dan lebat.
3. BUAH KERAS
Sumber photo : Google
Goreng buah keras tanpa minyak sehingga minyaknya keluar sendiri. Kemudian tumbuk buah keras dan sapukan pada rambut anak. Biarkan beberapa saat supaya minyak buah keras meresap ke dalam kulit kepala anak. Kemudian bilas rambut anak dengan air bersih. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan
4. KACANG HIJAU
Caranya rebus kacang hijau dan berikan pada bayi sebagai minuman (sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas sahaja).
Minuman kacang hijau ini juga sangat baik untuk membantu pertumbuhan rambut anak dan menghaluskan kulitnya.
5. MADU
Caranya sapukan madu pada rambut dan kulit kepala anak dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas rambut anak dengan syampu dan air bersih supaya hilang lekit madu.
Tak salah mencuba petua traditional kan. Lagipun banyak khasiat lain selain untuk satu tujuan je.
Kalau rasa bermanfaat, share la pada orang lain yang memerlukan. Mungkin mereka tengah tercari-cari jugak tu macam mana lah nak lebatkan rambut anak yang sejumput tu kan.
Kita chit-chat lagi pada posting akan datang ya.
Love,
Mummy D
"Darwishrichdesign, special untuk kesayangan Mommy"
#darwishrichdesign #drd #parentingshorttips