Koleksi Al-Fateh by DRD®️ merupakan koleksi baju melayu cotton yang memberikan keselesaan maksima untuk si kecil anda. Material cotton premium ini merupakan material yang terbaik untuk anak – anak kecil yang bergerak aktif. Walaupun ketika cuaca yang panas, anak – anak anda masih kelihatan bergaya dengan Koleksi Al-Fateh by DRD®️ ini.
Inginkan kelainan? Jom lihat koleksi kurta kanak-kanak dan kurta bayi lelaki.
Ibu Gembira Gayakan Anak Dengan Kurta dan Seluar Yang Selesa
Koleksi Al-Fateh by DRD®️ direka istimewa dengan rekaan kurta bersama seluar yang bewarna sedondon. Kenapa ibu gembira apabila anak menggayakan Koleksi Al-Fateh by DRD®️ ?
- Anak – anak bebas bergerak aktif walau berbaju melayu lengkap sepanjang hari.
- Ibu sudah tidak perlu tukarkan baju anak yang lain.
- Tiada lagi anak meronta kepanasan kerana baju melayu.
- Foto keluarga kini menjadi lebih cantik dan ceria.
Design Koleksi Al-Fateh by DRD®️ Yang Trendy
Al-Fateh by DRD®️ direka dan dijahit oleh pasukan tukang jahit mahir dari Darwish Rich Design Sendiri. Setiap koleksi baru yang siap akan melalui proses semakan kualiti sehingga 3 peringkat bagi memastikan jaminan kualiti yang bakal anda nikmati nanti.
Sampin bayi ekslusif dari Darwish Rich Design pun ada di sini.
Darwish Rich Design akan mengeluarkan koleksi terbaru setiap tempoh 3 hingga ke 4 bulan bagi memastikan koleksi keluaran mereka ‘trendy’ dan ‘up to date’.
Baju Melayu Al-Fateh by DRD direka bentuk leher bulat yang memberi keselesaan pada leher anak anda, disertakan butang untuk kemaskan dan juga butang di bahagian lengan untuk memendekkan lengan baju melayu.
Sesuai Menggayakan Koleksi Al-Fateh by DRD di Semua Jenis Majlis
Koleksi Al-Fateh by DRD®️ selesa, tahan panas dan jahitan kemas sangat sesuai digayakan untuk pelbagai jenis majlis. Mama dan Papa tidak perlu risau lagi untuk mencari baju melayu selesa untuk anak – anak. Malah, anda boleh gayakan mengikut tema sedondon seluruh ahli keluarga.
- Majlis Akikah.
- Majlis Cukur Jambul.
- Majlis Perkahwinan.
- Kenduri Kesyukuran.
- Hari Raya.
- Majlis Makan Malam.
- Majlis Formal.
Majlis di siang hari? Risau cuaca panas? Tiada masalah untuk menggayakan Baju Melayu Cotton Al-Fateh by DRD®️. Anak bebas bermain, melompat dan berlari walau pun memakai baju melayu serba lengkap.
Pss: Sambil - sambil tu, tengok juga rompers bayi yang menarik dari Darwish Rich Design.
Dapatkan Koleksi Al-Fateh by DRD®️ Yang Pelbagai Warna Menarik
Suai padankan warna baju ahli keluarga dengan Baju Melayu Cotton Al-Fateh by DRD®️ ini. Banyak pilihan warna trendy dan menarik untuk dipilih.
Terdapat warna Royal Blue, Yellow Mustard, Red, Purple Blue, Pink, Mint Green, Maroon, Light Brown, Blue Black dan Baby Blue.
Lihat Ukuran Size Lanjut Untuk Keselesaan Maksima Anak Anda
Anda boleh gayakan anak anda dengan Baju Melayu Al-Fateh by DRD®️ seawal usia bayi anda sehinggalah umur 12 tahun. Pasti cantik sedondon!! Ukuran size dinyatakan dengan lebih lanjut bagi memastikan anak anda selesan memakai Baju Melayu Al-Fateh by DRD®️ sepanjang hari.
Masih buntu nak buat pilihan? Mungkin jubah kanak-kanak ini pun sesuai untuk dijadikan alternatifnya.