Semalam, ketika makan di Shah Alam, duduk di depan meja satu pasangan muda dengan dua orang anak, seorang sekitar empat tahun, seorang lagi sekitar setahun lebih.
.
Kedua-duanya diberikan telefon pintar sambil disuapkan makanan.
.
Mata anak-anak ini tidak bergerak dari telefon yang diletakkan di hadapan, sambil mata mengunyah nasi yang disuapkan oleh ayah dan ibu masing-masing.
.
Nenek kepada anak-anak ini hanya memerhati, dan diam sahaja.
.
Meja itu sepi, tiada perbualan, tiada hilai tawa, tiada air yang tumpah, tiada ibu yang menjadi singa.
.
Saya hanya memerhati sambil ligat juga mengawal anak-anak yang sedang rancak makan.
.
Hati terasa ralat, terasa hendak menegur, tapi sampai ke sudahnya tidak kesampaian.
.
Memang jalan mudah hendak anak-anak duduk diam di meja makan adalah dengan memberinya telefon, tapi kita sebagai ibu bapa akan kehilangan momen-momen berharga bersama anak-anak.
.
Waktu makan, adalah waktu yang cukup istimewa bersama anak-anak.
.
Waktu ini lah kita hendak menatap wajah mereka ketika sedang menyuap rezeki, memberikan pengajaran-pengajaran berguna tentang hidup, mendengar pelbagai cerita dan tertawa bersama-sama, sesekali naik angin kerana air yang tumpah dan kelaku yang tidak semenggah.
.
Jangan biarkan momen-momen indah ini direnggut oleh telefon pintar wahai ibu bapa.
.
Nukilan Tuan Hisham Syarif
.
KITA BAGAIMANA? Masih belum terlambat. Jom ubah! Masa makan, Mommy & Daddy letak dulu tepi Handphone tu ya, kalau nak ambil gambar, ambil cepat-cepat, kemudian simpan.
Upload or update kemudian. 😉
“JOM JADI IBU AYAH CEMERLANG! LIKE, SHARE & TAG PASANGAN.”
.
#darwishrichdesign #drd #tipsparenting
Love,
Mummy D