icon-search
icon-search

5 TIPS WAJIB KITA BUAT MENJELANG RAMADHAN NANT

5 TIPS WAJIB KITA BUAT MENJELANG RAMADHAN NANT

Ramadhan bakal Tibaaa!

Wah makin tak sabar kan. Okay sementara tak lama lagi menjelang Ramadhan Al Mubaraq. MummyD akan banyak share tips menjelang Ramadhan untuk ingatan kita bersama.

Boleh ke boleh? Jom tengok apa 5 tips MummyD nak kongsi ni.

Ganti Puasa - Ganti puasa ni wajib! Haa, jangan lambat-lambat tau, sedar tak sedar tak lama lagi dah nak Rejab. Jangan last minute, nanti tak sempat dah kena bayar Fidyah lagi, and ganti tetap wajib 😉
Banyakkan Doa & Taubat - Ye, kena banyakkan doa supaya kita sempat bertemu Ramadhan yang mulia. Amalkan doa ni “Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan” Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan” (HR. Ahmad dan Thabrani). Moga kita juga dikurniakan kesihatan yang baik so dapatlah menjalani ibadah Puasa nanti dengan baik.
Eratkan hubungan Silaturrahim - Kalau agak dah lama tak balik kampung tu, jenguk-jenguklah ya. Ziarah menziarahi, jangan time raya je baru nak jumpa. Tak sempat tak tak nanti 😉 Elok kita bermaaf-maafan sempena nak menyambut bulan yang mulia ni.
Persiapan Mental & Fizikal - oh ini bagi MummyD pun sangat penting. Tu sebab boleh dah prepare awal apa persiapan yang penting. Macam resepi untuk berbuka sebulan nanti dan sahur. Supaya takdelah pening sudahnya makan kat luar hari-hari dah membazir. 😉 Fizikal pula, dah boleh berlatih jaga malam, tahajjud, solat-solat sunat & bersenam juga untuk lebih bertenaga lagi bulan Ramadhan nanti.
Persiapan harta - persiapan harta apakah? Okay, mula lah ajar anak-anak menabung juga dari sekarang, supaya bulan Ramadhan nanti banyak kita boleh memberi sedekah. Ganjaran besar tau menanti jika kita bersedekah di bulan Ramadhan. Ada bajet lebih, boleh jamu orang susah, anak yatim ke berbuka puasa sama. Besar ganjarannya. Bila lagi nak rebut pahala berganda-ganda ni, bulan Ramadhan ni lah saatnya. 😉

Okay 5 tu je dulu MummyD share,
Nanti InsyaAllah MummyD sambung lagi. Uolss ada tips lain? Meh kongsi kan dengan kami sekali.

Moga kita sama-sama dapat menjadi manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia lain. 😉😉


www.darwishrichdesign.com



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping