5 TIPS NI, INSYAALLAH BOLEH BUAT KELUARGA BERTAMBAH BAHAGIA
.
Keluarga yang ceria & bahagia impian semua betul ke betul? Macam nak buat sebuah rumah, asas dia kenalah kuat/ kukuh.
.
Apa asasnya? Sebenarnya, asas tu sangat mudah, perkara yang nampak kecik je dalam kehidupan harian kita, tapi kesan masa panjangnya sangat besar. Dan ramai yang mengabaikan asas ni sebab menganggap ianya remeh.
Jom tengok!
1) SOLAT BERJEMAAH
.
Wajib cuba amalkan tau! Tak dapat semua waktu, 1 waktu pun jadilah sehari.
Solat kan tiang Agama & wajib kita tunaikan. Kalau kita jaga & utamakan Solat, insyaAllah terjaga juga sikap kita. Jadi takutlah kita nak buat perkara-perkara yang tak baik yang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan.
Solat Berjemaah sangat POWER. Paling penting kita dapat luangkan masa bersama keluarga & saling mendoakan kesejahteraan masing-masing, bermaaf-maafan & wujudnya kasih sayang yang lagi mendalam. InsyaAllah. Tak caya cuba. 😉
.
2) MAKAN BERSAMA-SAMA
Waktu ni paling seronok! Tapi ada syarat, tolong jauhkan segala gadget! Nak ambil gambar makanan ke apa ke sekejap je okay, lepas tu simpan dalam bag Handphone ya!
Sebelum makan tu, amalkan baca doa makan sama-sama. Sambil makan tu bolehlah bercerita tentang hari masing-masing & merancang aktiviti bersama nanti. Hargai masa ni untuk kita focus pada insan yang kita sayang.
.
3) PUJIAN & KATA-KATA POSITIVE
Ramai terlupa amalkan ni. Berat sangat mulut tu nak puji pasangan & anak-anak. Ada emas ke dalam mulut tu? Hehe.
Pujian & kata-kata positive ni dapat melahirkan suasana harmoni dalam keluarga. Sama-sama beri kata-kata semangat antara satu sama lain. Hubungan tu lebih akrab nanti! Cubalah!
.
4) AKTIVITI LUAR BERSAMA
Rancang sebulan sekali sekurang-kurangnya ada aktiviti di luar bersama-sama. Lebih kerap lebih baik.
Tak perlu aktiviti yang mahal & sukar pun. Aktiviti yang paling mudah macam sama-sama keluar beli barang keperluan rumah di kedai. Tu pun dah seronok tau jika semua ada bersama.
.
5) SESI TA’ALIM
Inilah antara kunci penting selain yang pertama tadi. Amalan Ta’alim ni tak ramai yang amalkan. Ta’alim ialah satu sesi perkongsian ilmu antara ahli keluarga.
Ia juga salah satu Sunnah Rasulullah SAW, amalkan dapatlah kita pahala. Sesi ni semua anak-anak akan dapat berkumpul & mendalami ilmu al-Quran dengan ibu bapa sebagai penunjuk.
Okay, cukup 5 TIPS ni, nanti MummyD kongsi yang lain pula. Dah baca ke dah? Dah baca kita sama-samalah amalkan dalam keluarga kita ya!
Moga keluarga kita diberkati Allah SWT & dijauhi sebarang musibah. InsyaAllah.
Join channel Telegram kami https://t.me/darwishrichdesign untuk Dekatkan Jarak Kita💖
.
Mommy Daddy dah baca? Jangan lupa sebarkan moga sama-sama memberi bermanfaat, LIKE & SHARE.
.
Boleh TAG Pasangan juga.
#darwishrichdesign
#keluargabahagia
#tipsparenting
#bajumelayuomarpremium
5 Tips Keluarga Makin Bahagia
← Older post Newer post →