Waktu cuti, waktu tu la kita rasa nak rehat lepas 5 hari penat bekerja dan rutin harian.
Tapi dalam waktu 5 hari tu, mungkin kita kurang bercakap dengan anak. Kurang beri perhatian dengan apa yang anak buat, pencapaian dia, kurang komunikasi gelak ketawa dan bertukar pandangan.
Untuk yang ada anak kecil berumur 5 tahun ke bawah, masa ni adalah golden time bagi mereka. Sebab masa yang pesat untuk pertumbuhan emosi, fikiran dan moment masa ni akan terpahat dalam memori separa sedar anak.
Jadi, masa cuti tu, bawak la anak keluar beraktiviti. Ada 5 kelebihan bawa anak keluar jalan-jalan waktu cuti.
1. Kuatkan bonding
Masa kat luar, mak ayah fokus pada anak-anak. Buat aktiviti bersama-sama contohnya berbasikal, jogging, main bola. Anak akan rasa rapat dengan kita. Bila bonding kuat, anak akan mudah dengar nasihat dan hormati kita.
2. Kuatkan otot kecil dan besar anak
Outdoor activity akan memerlukan anak menggunakan semua jenis otot pada badan. Dari kutip bola yang tergolek jauh, sampai lah berlari-lari terkedek-kedek, seluruh anggota badan dan pancaindera digunakan.
3. Kuatkan sistem imun anak
Aktiviti di luar rumah mendedahkan anak dengan macam-macam mikro-organisma atau senang disebut, kuman. Hehe..Badan perlukan maklumat berkaitan benda asing untuk hasilkan sistem imun yang kuat. Maklumat ini diperolehi semasa kuman jangkiti badan anak. Apa mak ayah perlu buat untuk membantu sistem badan anak adalah dengan bekalkan dengan makanan yang sihat dan amalan kebersihan.
4. Bekalan oksigen segar
Bila kita bawa anak-anak pergi ke taman yang banyak tumbuhan, dekat dengan alam semula jadi, banyak oksigen segar yang dihasilkan oleh pokok dan tumbuhan. Oksigen ni baik untuk badan yang sihat. Dah sepanjang minggu duduk kat rumah dan rutin harian dengan asap kenderaan, masa ni lah kita nak detox badan dengan oksigen segar. So... inhale.... exhale.... tarikkk nafas... hembuss...
5. Ajar anak kemahiran baru
Bermain layang-layang perlukan ruang luas. Di padang lah kan...Anak-anak mesti seronok. Kalau ada tasik, ajak anak beri makan ikan sambil bercerita, ikan adalah haiwannyang hidup di air. Selain di tasik, di laut pun banyak ikan, di sungai pun ada. Ha.. best kan. Dari buku cerita, boleh tunjuk anak habitat sebenar ikan tu. Macam tu jugak dengan hidupan lain. Kalau ada buku, boleh bawak buku dan tunjuk objek dalam buku tu di kehidupan sebenar. Contoh nya pergi zoo. Laaagi seronok.
Itu la antara 5 kelebihan bawa anak-anak keluar beraktivi selain di rumah. 😊😊
Mummy D izinkan share banyak-banyak semoga bermanfaat untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Join keluarga DRD di sini :
https://t.me/darwishrichdesign