Sedar tak sedar beberapa hari saja lagi nak berjumpa Ramadhan
Haa, ni MummyD nak share 3 aktiviti mudah sis boleh buat untuk dimulakan dari sebelum Ramadhan untuk anak yang baru nak kenal bulan puasa ni.
Baca tau! Moga bermanfaat & kita buat sama-sama.
1) DIY Bulan-bulan Islam
Sis boleh buat menggunakan kotak lama. Atau kotak cereal
Bahan diperlukan: Kotak, gunting, kertas berwarna,gam dan marker pen, benang/tali dan lidi sate,puncher
- Potong kotak bentuk bulan, balut dan gam dengan kertas berwarna, tulis nama bulan-bulan Islam.
- Buat 1 lubang dengan puncher, letak tali n gantungkan dengan lidi sate.
- Siap!
Sis boleh ajak anak mengenal bulan-bulan Islam,menyanyi dan menghafalnya
2) Sticker "good deed"
Bahan diperlukan: Kertas manila/mahjung, sticker warna warni bentuk bulat/bintang(boleh beli di kedai MR.DIY/kedai buku), marker pen dan pembaris
- Lukis kotak jadual untuk minggu itu dan ajak anak tulis amalan baik/kebaikkan yang telah dilakukannya.
- Lekat kan sticker untuk setiap 'good deed" .
Lagi banyak dapat sticker lagi mereka suka!
3) Tabung "Superhero"
Superhero selalu digambarkan dapat membantu orang lain yang lemah dan memerlukan tanpa pengetahuan orang yang dibantu.
- Buat lah 1 tabung, dibeli atau boleh dibuat menggunakan tin biskut dan dihias bagi menarik.
- Ajak anak menabung dan duit itu kemudiannya di sedeqahkan. Bawa dan tunjuk kepada anak kemana duit itu diberikan supaya mereka dapat lihat dan faham amalan bersedeqah itu.
Ha boleh ke boleh. Senang je kan. Seronok juga dapat sticker nanti ️SHARE JIKA BERMANFAAT & TAG PASANGAN.
Psst, Nak baju raya Exclusive, Premium & Selesa untuk si manja?